Come Back Story

Assalamualaikum w.b.t semua,
Pada malam yang harmoni ini, disamping jam menunjukkan pukul 1.04 pagi, saya ingin menceritakan kemana saya menghilang selama ini sepanjang blog cikai ini kelihatan hambar, kosong dan sedikit haunted, ehh. Sebelum itu, semua harap-harap dapat tadahkan tangan baca Bismillah dgn apa-apa doa yang patut lah dulu eh sebab dah malam niy, blog ini pun dah lama ditinggalkan, takut ada penghuni lain dalam blog ini pulak kan selain daripada kalangan pembaca..hehe..Kalau korang nak tahu, sebenarnya saya tengah duduk atas kerusi disamping laptop atas meja study dalam bilik bernombor 206, K13D Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia..ehh..haa tudia sebenarnya motif sebenar nak cerita untuk entry kali ini. Hehe, Alhamdulillah berkat usaha, doa dengan tawakkal serta dorongan dari semua pihak yang membimbing, akhirnya saya dapat juga jejakkan kaki ke menara gading. Seronok dia bukan main kann, yelah siapa yang tak seronok dapat masuk Universiti. Tapi semua ini takkan dapat dicapai tanpa usaha yang keras. Kira berbaloi lah jugak berhempas pulas masa di bangku STPM dulu. yelah though tak lah setinggi orang lain pencapaian tu tapi at least dapatlah jugak buktikan yang saya mampu jejakkan kaki ke Universiti..hehe..okaylah banyak dah membebel niy. So sekarang saya nak share pengalaman saya masuk UKM niy. 

Okay at first memang lah takut dan janggal jugak bila terpaksa berjauhan dengan mak ayah. Yelah selama niy banyak mak ayah yang support, dulu pun pernah ada pengalaman duduk asrama tapi asrama pun taklah jauh sangat daripada rumah dan masih dalam negeri yang sama. Ini bila dah masuk alam Universiti kira jauh sikitlah lokasi dia..hehe..Minggu Mesra mahasiswa adalah suatu yang cliche..ehh..actually memang laa randomly nampak cliche dari mata kasar, tapi program tu ada visi dia sendiri untuk dicapai act. Seronok sebenarnya minggu mahasisiwa tu. Start dari situ laa mula mencari kawan-kawan baru yang sama kolej, yelah bila dah masuk tempat orang kena lah pandai sesuaikan diri dengan persekitaran tempat baru kan. Takkan nak macam katak bawah tempurung jewp taknak campur orang lain. nanti apa pula orang lain nilai kita kan..owh btw saya nak lah jugak review sikit environment kolej yang saya diami skarang niy. Jom korang kita survey sikit, mana lah tahu ada adik-adik lepasan matrikulasi, StpM atau asasi tahun depan yang nak masuk UKM niy boleh masuk KIY. Teringat jugak nak dapat freshie yang segar-segar tahun depan,ehh..hehe..


credit to http://followanasyg.blogspot.com/
credit to http://followanasyg.blogspot.com/
                                   



Hah..kalau korang nak tahu, inilah kolej kediaman saya sekarang. Kita orang gelarkan kolej niy Highlanders sebab tengok jelah permukaan geografi dia memang nun jauh di atas bukit dan kolej Ibrahim Yaakub niy merupakan kawasan tertinggi dalam UKM. Kalau korang rasa korang ada pasang niat nak kuruskan badan ke, atau nak amalkan gaya hidup sihat ke, korang boleh lah apply masuk kolej Ibrahim Yaakub niy..hehe

Okay, selain daripada pemandangan yang cantik dan korang boleh hirup udara yang segar, banyak jugak kelebihan KIY niy nak dibandingkan dengan kolej lain. Di KIY niy pihak Universiti dah provide internet dengan gentian optik berkelajuan tinggi. So korang takkan menghadapi sebarang kesulitan untuk menyiapkan assignment atau tugasan-tugasan lain yang memerlukan khidmat Pak Google..ehh. Tapi jangan risau sebab UKM niy memang kaya dengan wifi fre, pergi mana-mana pun still ada wifi. Syukur Alhamdulillah dapat masuk UKM niy, bersyukur sangat. So korang jugak boleh connect wifi ke telefon pintar korang yang canggih-canggih tu. Boleh lah hari-hari update Twitter, Instagram tanpa membayar lebih..hehe. Seperti yang sedia maklum, UKM merupakan salah satu Universiti yang sering mengalami masalah ketiadaan bekalan air memandangkan kedudukannya yang berada dalam wilayah negeri Selangor. Tapi kalau korang pilih KIY niy korang akan terkurang bebanan sedikit sebab KIY biasanya jarang mengalami masalah ketiadaan air oleh kerana simpanan tangkinya yang banyak. Bolehlah korang mandi tanpa perlu berfikir panjang..hehe. Pasal makanan pulak, makanan kat kolej niy pun not bad laa. Very reasonable dan sedap. taknak komen banyak pasal makanan, korang jugak kena tahu bahawa penghuni kolej KIY adalah sangat ohsem dan hebat sedunia. Semuanya baik-baik dan tak kekwat pun, semua tahu asal-usul masing-masing tak kira bangsa Melayu, Cina dan India..hehe. 

niy kawan Chinese saya, Dixon & yang sebelah tu Hafif coursemate saya

 Dan disini saya juga ingin review kawan-kawan baru saya yang sangat ohsem :)

Hariz, Hafees, Saya dan Anas :)
Rash, Saya, Anas, Hariz (mata) dan Peeps the largest :)
Dia orang niy memang kawan sebulu saya di kolej. Mujur dapat jumpa kawan sekepala daripada minggu MMM..hehe..Okaylah korang saya dah penat dah review tentang kehilangan saya niy, okay semoga dapat jumpa korang lagi untuk entry akan datang, jangan jemu-jemu melawat blog cikai saya niy ea, Wassalam.

@ShafikFashah

2 comments:

  1. Assalamualaikum, tumpang tanya, Pusat Kesihatan kat mana ea? saya sakit otak tengok blog cantik comel secomel tuannya si bobot ni. Hahaha, todia...todia...keep it up dik :) love u. muah ciked. yek..

    ReplyDelete
  2. Wuwuwuwuuw saya ada nampak wajah anas.. haha Btw, enjoy ur journey and good luck semuaaa =D

    ReplyDelete