Aidilfitriku 2013

Assalamualaikum...
Hari ini 11 August 2013, dah empat hari Syawal berlalu..Cepat bukan, sekejap je dah dekat seminggu kita menyambut hari Kemenangan Aidilfitri. Aidilfitri yang tak pernah menghampakan aku, hari di mana berjumpa kembali buah hati cinta sedunia yakni sahabat handai yang tersayang, walau tidak lagi seakrab dulu, masih terpancar kemesraan antara kami. Rasa sayang tuh x payah tanyalah, sekecil kuman pun aku takkan lepaskan kasih sayang tu. Sungguh, aku hambar tanpa kehadiran dia orang dalam hidup ini. Eceh, bukan main sedih lagi semalam nak berpisah. Jujur tangan yang menggenggam erat sungguh sukar dilepaskan. Tapi nak buat macam manakan, semua pun ada komitmen masing-masing. nak tak nak terpaksa berpisah jua. Tiga jam bersama, macam tiga saat je rasanya. Sambil beraya, aku tenung sorang sorang member aku nie. Ya, mereka dah banyak berubah, terus melangkah kehadapan dengan majunya. Tiada seorang pun yang tercicir dalam menggapai impian masa hadapan. Oh, mungkin aku agak terkebelakang berbanding yang lain. Tapi bila berdiri dalam kalangan dia orang, aku seronok. Aku tak pernah diketepikan sekalipun di pandang enteng. Biar setinggi mana mereka berdiri, tak pernah lupakan aku. Ini yang dinamakan SAHABAT..sahabat yang sentiasa mengingat antara satu sama lain. Sahabat yang sudi mendengar di kala bermacam beban mendatangi diri. Sahabat ketawa, sahabat berjimba, sahabat yang tidak pernah menyimpan dendam antara satu sama lain dan yang paling penting, sahabat yang sudi menerima aku seadanya, ya aku mengaku dia oranglah sahabat terbaik yang pernah aku kenal..

 
Chip, Aku, Amal, Ganyot, Zira, Kynah n Dayah =)


Dari hari pertama dah rancang nak ambil gambar raya sama-sama, tapi semua pun sibuk dengan hal masing-masing. Aku punyelah buat tak endah dengan kesibukan keliling yang entah tidak diduga. Akhirnya malam tadi sempat jugak posing dekat hall rumah tu. Bila semua pun dah posing, apa lagi, camera on lah..hehe...
Sampai sini dulu entry kali ini, nak menyambung tidur yang tergendala selama 3 hari Syawal yang lalu..full stop, Assalamualaikum :)





@ShafikFashah

No comments:

Post a Comment