Tujuh Cara Menghilangkan Bau Badan =D



Salam semua,
tadi saya ada terbaca kolum GEN.Y di akhbar Harian Metro. then, ada satu input ni yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan bersama dengan teman2 blog walking..harap dapat memberi manfaat kepada semua ya !
Untuk mencegah bau badan, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan seperti minum air putih yang banyak dan ambil makanan yang mengandungi serat dan buah-buahan. Berikut merupakan tujuh jenis makanan yang harus dielak untuk mencegah bau badan dan bau mulut.

1) Rempah Ratus
Rempah memang mempunyai aroma yang sangat kuat, ketika di kunyah dan makan, rempah akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah dan akan melalui paru-paru dan liang pori kulit manusia. Ini akan menyebabkan bau badan dan mulut yang sangat kuat. Contoh makanan itu seperti bawang putih, bawang merah dan kari.

2) Daging Merah
Daging merah mempunyai masa yang lama untuk mencerna dan ketika makanan tidak tercerna, racun dan gas berbau busuk dilepaskan yang akan menyebabkan kepada bau keringat. Satu kajian dibuat menyatakan bahawa bahan kimia yang terkumpul akan membuatkan badan manusia berbau dan ini sering terjadi kepada wanita berbandi
ng kaum lelaki.

3) Alkohol dan Kafein
Cuba elakkan daripada mengambil minuman yang mengandungi kafein tinggi seperti kopi, teh dan coklat. Ini untuk mengatasi masalah bau mulut yang kuat dan badan akan terasa lebih segar dan tidak menimbulkan bau yang kurang enak.

4) Makanan Segera
Makanan ini mengandungi terlalu banyak kandungan garam, gula, tepung dan minyak. Apabila di makan akan mengeluarkan bau nafas yang kurang menyenangkan seterusnya badan akan berbau apabila berpeluh.

5) Produk Susu
Produk susu mengandungi kandungan protein yang banyak dan menghasilkan hidrogen sulfida dan metil yang boleh mengeluarkan bau busuk kepada badan manusia.

6) Makanan Bergoreng
Lemak dan minyak daripada makanan yang digoreng akan membuatkan tubuh badan mengeluarkan minyak yang berbau tengik dan menghasilkan peluh yang berbau khususnya kepada seseorang yang bertubuh besar terutamanya apabila makanan itu tidak dicerna dengan betul.

7) Tembakau / Rokok
Asap rokok akan mengeluarkan bau yang kurang enak kemudian akan melekat pada badan atau baju seseorang. Mulut mereka akan mudah berbau asap, sebab itu kita mudah syak sama ada seseorang itu merokok atau pun tidak.

Sampai di sini sahaja input yang dapat dikongsikan..diharap maklumat ini dapat memberikan sedikit sebanyak kepada para pembaca..Salam (^_^) ...


@ShafikFashah

No comments:

Post a Comment