Sekadar Berkongsi..Sesaat di dalam diri...



 Pohon Dunia...



  •    Dahan yang berpangkal di dalam hati dan buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.
  •    Dahan yang berpangkal di lidah dan buahnya adalah kebenaran kata-kata benar dan jujur.
  •    Dahan yang berpangkal di kaki dan buahnya adalah suka mendatangi Solat Jumaat.
  •    Dahan yang berpangkal di dua pasang mata dan buahnya ialah melihat kepada titisan air mata      
  •    keinsafan sebagai tauladan.
  •    Dahan yang berpangkal di perut dan buahnya adalah makanan yang halal.
  •    Dahan yang berpangkal pada dahan jiwanya dan buahnya ialah dengan meninggalkan nafsu syahwat.

 Setiap satu pasti ada penyakitnya...



  •     Penyakit ilmu adalah lupa.
  •     Penyakit bicara adalah berbohong.
  •     Penyakit Ibadah adalah riak.
  •     Penyakit akhlak mulia adalah kagum dengan diri sendiri.
  •     Penyakit berani adalah menyerang.
  •     Penyakit dermawan adalah mengungkap pendirian.
  •     Penyakit tampan adalah sombong.
  •     Penyakit malu adalah lemah.

 Racun VS Ubat..



  •      Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya
  •      Harta itu racun, zakat itu ubatnya
  •      Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya
  •      Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya
  •      Sepanjang tahun itu racun, Bulan Ramadhan itu ubatnya

 Tuntasnya, setiap apa yang terjadi di dalam dunia ini ke atas kita mahupun orang lain, pastinya terlindung hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah itu maha berkuasa lebih daripada segala-galanya,,oelh itu, bersyukurlah kita seadanya dilahirkan di muka bumi ini..jangan pernah merungut atas cabaran dan dugaan yang melanda..hidup mesti diteruskan..
    Terima kasih kepada semua pembaca yang ikhlas..semoga hidup kalian diberkati oleh Allah S.W.T..AMIN..

Wassalam..

@ShafikFashah

No comments:

Post a Comment