Sekadar berkongsi..Santapan buat pedoman..

Assalamualaikum semua..
pada hari yang redup nie, aku hanya sekadar ingin berkongsi cerita dengan semua yang sudi membaca entry aku di ruangan blog ini..korang semua mesti ada banyak kenangan pahit & manis sepanjang hidup korang kan,,begitu jugak dengan aku,,eventhough kdgkala kenangan tue memang terkesan dalam hidup kita, kita seharusnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengecapi kenangan tue,,senang kate, kita telah diberikan sebuah kehidupan yang hakiki, so appreciate nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T..menolak untuk berceloteh panjang lebar tapi kosong semate-mate, aku mulakan cerita disini :

Seawal tahun 2008, Asrama Al-Farabi, tempat yang didiami aku ketika zaman persekolahan telah dikunjungi sekumpulan sukarelawan Angkatan Belia Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai ABIM.
Persoalan yang tertancap di kotak pemikiran budak-budak hostel masa tue,,'mesti ada camp bina insan, urghh, tak dapat balik kampung,benci!!!'..termasuklah aku yang mengatakannya.
Ternyata kebencian yang membuku terus menebal di dalam dada akibat schedule yang amat tight.
Seawal 3 pagi, kami telah dikejutkan dari tidur untuk berQiamulail di Musolah..Arghh, tentu sekali aktiviti yang tidak pernah kami jalani sepanjang kehidupan kami di asrama. Macam biasa, ramai lah yang merungut..
pada sebelah pagi, seorang ketua fasilitator telah dipilih, aduhai, begitu 'jambu' pada raut wajah abg fasi itu..unfortunately, hakikatnya dia lebih garang dari singa!

Pelbagai aktiviti yang menyeksakan jiwa dan raga kami telah dijalankan,,satu persatu tulang selangka aku terasa bagai dipatahkan akibat aktiviti yang struggling gitu! tapi aku senyap jer, tak lah kepoh macam orang lain tue..mcm x pernah buat kerja berat jek..hihihi
Mendapatkan feedback dari semua rakan taulan..apakah respon mereka???
  • pasni, kita x yah turun DM, wat kepale sket!!!
  • jap lagi aku nak telefon parents aku, soh dieowg report kat PPD..hahaha
  • $*&7494^%E67 (segala sumpah seranah), disertai tangisan yang sadis!
  • ..sape nak follow aku FLY???..
macam biasa lah, inilah ayat yang salu kuar dari mulut longkang budak asrama..hehe
aku pun dah x tahan, join jelah sekaki dengan rakan global ngumpat semua tue,,hahaha
hari berlalu dengan azab dan seksaan. Tibanya malam 'Night Walk'..wah, interesting..
kami dikumpul dalam satu komuniti di dataran utama asrama, mata mesti ditutup dgn kain bagi mengelakkan 
perkara yang tidak diingini berlaku. aktiviti berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan..
keesokan paginya, kami berkumpul di dewan kerana diwar-warkan ada sesuatu yg ingin di paparkan kepada kami,,Dah tau dah, mesti terambik gambar yang bukan2 kat asrama aku tue,,dah tau tempat tue keras yang gatal2 tangan amek gambar tue buat ape..hahaha,,padan muke die!!!
Yes, akhirnya malam terakhir Abg & KAkak faci sebelum dey Ouls berhambus! hepynyer kami semua, 
lepas nie dah tak ade segala penyeksaan,,tapi dalam hepi tue ade gak sedih bub aktivit yang dey ouls jalankan semuanya memberikan pengalaman dan pengajaran yang berguna kepada kiteorang..dari high difficulties explorace, Qiyammulail, night walk, ice breaking, poco-poco juga, dan yang terakhir adalah sesi bermuhasabah diri. Aduhai, part ini memang betol2 syahdu kepada sume warga asrama include aku sekali,,mesti touching habis..kat sini aku nak titipkan pesan Abg faci yang masih aku ingat sampai ke hari ini..


kepada adik-adikku sekalian,
hidup ini umpama sebuah roda yang berputar. ada kalanya ia berada di atas dan ada kalanya ia berada di bawah. namun ia tidak mungkin akan berlaku sekiranya tidak ada daya atau kuasa yang mengatasinya. maksudya disini, seandainya terdapat sebarang usaha yang kita lakukan sudah pasti ada hasil yang kita perolehi sama ada baik atau sebaliknya. oleh yang demikian sekiranya adik ingin berada di peringkat yang lebih baik dan lebih cemerlang serta dipandang tinggi oleh masyarakat, maka fikirlah corak kehidupan yang lebih sempurna dan lebih sesuai. tuntutlah ilmu di mana jua sahaja dan jangan adik mudah berputus asa walaupun terdapat dugaan dan halangan yang menimpa. malah anggaplah semua itu sebagai suatu cabaran untuk adik meneruskan perjuangan kerana apa yang pasti segala usaha dan bakti yang dilakukan akan memperolehi kejayaan. di samping usaha yang gigih, janganlah dilupakan orang-orang yang telah membantu untuk memastikan kita berjaya
dalam hidup ini terutamanya ibu bapa, dan para guru yang mengajar kita supaya segala usaha yang diperolehi akan deberkati oleh Allah SWT. namun harus ingat, tidak semestinya usaha yang gigih, mampu mengubah segalanya, atau mampu memenuhi apa yang dicita-citakan, jika tidak dengan keikhlasan dan kejujuran. perkara yang sebaiknya adalah bertawakal kepada Allah SWT serta yakinlah pada diri sendiri dengan usaha yang dilakukan. sebagai umat islam, janganlah adik mudah berputus asa dengan rahmat dan nikmat yang dikurniakan Allah SWT. sekiranya usaha yang dilakukan menemui kegagalan, ia sebenarnya bukan bererti kegagalan untuk selamaya tetapi menjadi  
pengalaman baru yang membolehkan kita mencari ikhtiar bagi memperbaiki kesilapan lalu dalam meneruskan perjuangan hidup ini. akhir sekali pergunakanlah ilmu pengetahuan yang diperolehi dengan sebaik-baiknya demi menegakkan agama Allah, bangsa dan negara yang tercinta bagi kesempurnaan hidup di dunia mahupun di akhirat kelak, InsyaAllah...
~ selamat berjaya ~


coretan hati yang dilontarkan dari mulut abg faci nie benar-benar mengusik hati kecilku..
air mata jernih mengalir di pipi tatkala abg dan akak faci melangkah pergi..
siapa sangka perasaan yang dahulunya benci akan insan itu bertukar menjadi sayang dan sedih tatkala dirinya ingin melangkah pergi...
kesimpulannya, dalam hidup kita nie, mcm2 jenis orang yang kita jumpa, ada yang hampir sempurna dan ada juga yang sebaliknya, kita tak dapat merubah pendirian seseorang tu melainkan dari dirinya sendiri, kita juga tidak boleh menilai orang dari rupa paras, seeloknya jangan pernah menghukum orang lain kerana kekurangan yang ada pada diri, kita tak sedari..
by the way, thanks kepada semua pembaca post aku yang x lah seberapa interested nie tapi cukuplah memadai untuk dikongsikan bersama buat pengajaran..
Salam persahabatan dari aku..Assalamualaikum.  

@ShafikFashah

No comments:

Post a Comment