Sekadar berkongsi..Pilih Antara Dua Perkara

     "Daripada Aishah berkata, Rasullulah S.A.W tidak pernah akan memilih antara dua perkara melainkan baginda akan memilih yang paling mudah antara keduanya. Selagi perkara itu tidak mendatangkan dosa, baginda adalah orang pertama menjauhinya. Rasullullah S.A.W juga tidak pernah menuntut sesuatu perkara untuk kepentingan dirinya melainkan dilakukan untuk agama Allah S.W.T, maka pembelaan dilakukan adalah semata-mata kerana Allah taala."
(Riwayat Al-Bukhari dan MUslim)

       Demikianlah pengorbana yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W demi kepentingan Islam. Segala-galanya untuk kebaikan Islam agama Allah S.W.T.

       Kita manusia biasa, mungkin tidak boleh jadi seperti Rasullullah S.A.W. Namun kita boleh mencontohi baginda dalam semua perkara.

       Segala perkara yang dilakukan sama ada dalam aspek diri sendiri kerjaya dan keluarga hendaklah diniatkan kerana Allah S.W.T. Umat Islam janganlah terburu-buru dalam bertindak apatah lagi terhadap sesuatu yang remeh-temeh kecuali terhadap perkara yang menyentuh kepentingan agama.

       Islam memberi kelonggaran kepada umatnya melakukan perkara yang mudah dan senang selagi tidak mendatangkan dosa. Sekiranya mendatangkan dosa hendaklah dijauhi dengan apa cara sekalipun...

Intisari dari majalah Solusi edisi 26..harap dapat memberi input yang berguna kepada pembaca,,sampai disini dahulu..Assalamualaikum.
       

@ShafikFashah

No comments:

Post a Comment