..Sekadar Berkongsi..Ada apa dengan ketawa???

Assalamualaikum semua..Di pagi yang hening nie aku nak share sikit input yg aku dapat setelah belek2 magazine Solusi tadi, harapan agar dapat memberi manfaat kepada semua para pembaca..Insyaallah =P

Berikut dinyatakan beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi bersama-sama kalian mengenai kelebihan ketawa dan manfaat yang boleh diperolehi dengan ketawa pada setiap masa :


  • Ketawa terbahak-bahak dapat merangsang endorphin dalam tubuh, dan morphin di dalam otak manusia yang akan mengalir ke seluruh tubuh badan. Kesannya dapat membuatkan kita tenang.
  • Selain itu, ketawa juga dapat menyeimbangkan serotonim dan melatonim sehingga membuat tidur lebih nyenyak.
  • Ketika ketawa, organ-organ di dalam perut akan turut bergoncang sehingga menyakibatkan pengaliran darah yang lancar sekaligus wajah akan bertukar kemerah-merahan bila ketawa.
  • Ketawa juga dapat membakar lemak di dalam tubuh. Tahukah anda, dengan ketawa selama satu minit bersamaan dengan mengayuh basikal selama 40 minit..wow, mane lagi senang, fikirkanlah...
  • Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Jika kita ketawa, hanya menggunakan beberapa otot dalam bilangan kecil berbanding ketika muram yang menggunakan berpuluh-puluh jenis otot wajah..that's why orang tua cakap..jangan marah2, nanti cepat tua =P
  • Dan yang paling penting, ketawa juga dapat mengurangkan stress. Ketawa akan membuatkan tekanan darah menurun dan ketegangan pun semakin reda.
Baiklah, itu sahaja yang dapat dikongsikan di pertemuan pada kali ini. Diharap agar semua terhibur dan mendapatkan manfaat dari apa yang telah dikongsi..Insyaallah =)

         

@ShafikFashah

No comments:

Post a Comment