Destinasi Hidup...

Pasang surut silih berganti
adalah mainan hidup
putaran hidup manusia
suka dan duka
penuh dengan warna-warna
umpama sebuah bahtera
hidup manusia
menuju ke sebuah pelabuhan
kekal abadi
membawa bekalan yang cukup
di atas muka bumi ini
tuhan menciptakan kita
hanya untuk sementara waktu sahaja
akhirat jualah
tempat kita selama-lamanya
pada diri
pernahkah kita bertanya
ke manakah arah
destinasi hidup kita
mencari kesejahteraan atau
kesengsaraan...

@ShafikFashah

No comments:

Post a Comment